Wednesday, September 3, 2008

Selamat Menyambut Merdeka & Ramadhan

Selamat menyambut merdeka yg ke-51. kalau tak merdeka susah juga rasanya kita nak pi mancing agaknye ,ye tak. maklumlah tak pernah rasa. kita patut bersyukur dengan keadaan sekarang dan kekalkanlah keharmonian dan keamanan yang sedia ada lebih2 lagi untuk para pemancing dan nelayan agar bebas untuk memancing dan mencari rezeki dimana jua tanpa rasa gentar atau goyah...lagi satu yang best pasal pemancing ni, tak kira beza fahaman politik, warna kulit,bangsa atau agama serta darjat tapi bila dah pegang joran mesti bersatu punya. tapi ada gak yang nafsi2, segelintir jela.ada ke?

sentuh pasal ramadhan plak, ni bulan semua org tahu punya so pendekkan citer memancing ni kalau dah kena "karen" dia memang buat seseorg tu katagih, gian kekadang sampai tak boleh nak kontrol. justeru tu harap2la bulan posa ni dapatla kurangkan skt aktvt mancing tu. bukan apa korang faham jelah bila dah mancing, kita terdedah kat cuaca panas haus plak rasanya. tu belum kira rasa lapar lak bila kena tiup angin bayu laut,sungai yang sempoi2 bahasa. bagi perokok gian nak merokok lak. maklumlah tempat jauh dari pandangan orang, terpencil dan ternyorok lak tu. faham2 je le.

tapi tak semua pemancing longgar imannya. ada juga yang masih berpuasa sambil melakukan aktiviti memancing. mungkin mereka berbuka,sahur dalam bot, tepi sungai, tasik atau mana jelah tempat memancing bagi yang tak sempat nak balik rumah. alhamdullilah bagi insan yang kuat imannya menahan godaan nafsu di bulan posa ni.

akhir kata gandakanlah amalan2 kita semua di bulan yang mulia ni dan kurangkanla aktvt2 yang tak berfaedah (memancing tak termasuk kot coz dpt ikan blh buat lauk, kurang skt beban belanja kat pasar) moga kita diberkatinya. insya`allah. SELAMAT BERPUASA buat semua.

No comments: