Wednesday, September 3, 2008

Info petua

Memesan bantutkan rezeki
PALING ditakuti setiap nelayan veteran sebelum turun ke laut ialah adanya pesanan daripada ahli keluarga, rakan atau orang ramai mahupun siapa saja yang meminta ikan untuk dirinya atau paling kurang pesanan bagi mereka yang sedang hamil.Menurut kepercayaan nelayan veteran, adanya pesanan bakal meletakkan mereka berdepan dengan kehampaan. Malah ikan yang dipesan tidak diperoleh sedangkan ikan berkenaan bukan spesies yang sukar didapati. Peliknya, jika ada pesanan yang dibuat, ikan berkenaan bagaikan tahu untuk melarikan diri.Percaya atau tidak, satu pengakuan ikhlas dibuat seorang nelayan veteran yang dipanggil Pak Kasiran, 75, yang kini masih turun ke laut di pesisiran pantai Sungai Muar, Johor. Walaupun sudah tidak sehebat dulu, namun beliau masih meneruskan kerja sebagai pelaut untuk menghabiskan sisa hidup yang cuma tinggal di hujung senja.Menurut Pak Kasiran, dia pernah beberapa kali hampa dan pulang dengan tangan kosong kerana membawa pesanan sebelum turun ke laut. Justeru, pengalaman yang dilaluinya itu beliau akan menyebabkan melarikan diri, atau tidak mahu memberi tahu sesiapa pun sebelum turun ke laut malah atas kepercayaan yang diamalkan selepas itu rezeki bertambah baik, lalu ini dijadikan petua yang terus diamalkan hingga sekarang.Atas apa juga kepercayaan, kawan terpanggil untuk berkongsi beberapa pengalaman nelayan veteran dan nelayan moden mahupun pemancing yang melahirkan reaksi berbeza mengikut peredaran zaman atau suasana perubahan yang berlaku sekarang ini banyak mengubah kepercayaan itu.Namun daripada apa yang dapat diterjemahkan untuk mengelak menerima pesan orang ramai dengan hajat mahukan ikan kerapu bara, ebek, jenahak atau ikan merah sebelum turun ke laut adalah langkah terbaik kerana kita tidak terikat dengan janji atau harapan yang dibebankan pada kita.Sekurang-kurangnya kita tidak dipengaruhi oleh pesanan berkenaan, kerana untuk mendapatkan rezeki di laut bukan satu jaminan yang mesti tertunai, kerana semuanya ini datang dari Allah. Malah diharapkan orang ramai harus memahami rezeki yang bakal diraih oleh nelayan atau pemancing yang tidak harus dipesan sebelum melihat rezeki depan mata.Maka petua pesan memesan begini harus dihentikan.

No comments: