Wednesday, October 22, 2008

Buat rakan2 di UNIKL

Salam...berjumpa lagi kita..Pic kali ni disiarkan adalah khas untuk tatapan buat rakan-rakan praktikal dari UNIKL espeacially Adib & Pudin kerana mereka dengan gagah & beraninya menyahut cabaran sehari menduga lautan sedili demi memenuhi kepuasan sendiri..

Walaupun banyak dugaan he..he..he.. mereka tetap bertahan hingga ke akhirnya. Terpaksa beb coz bukannya ada bas @ teksi kat laut nak blk awal ke darat so sabar jelah..Kepada kawan kawan yang lain yang rasa hebat sangat..bile lagi?

p/s: sorry tak send kat korang.alamat emel korang hilangla





















Monday, October 13, 2008

good job..







Funscrape.Com | More Good Job Comments




Sesungguhnya hobi memancing ni adalah satu pekerjaan yang baik kerana ia dapat mengajar kita erti kesabaran..mensahsiahkan diri tentang kesusahan orang lain (nelayan)..erti persahabatan dan kerjasama..

So korang aper lagi join the club......LU PIKIR LA SENDIRI

Tuesday, October 7, 2008

Kesegaran Ikan



SESETENGAH ahli keluarga kaki pancing tentunya mengharapkan rezeki lumayan yang bakal dibawa oleh pemancing dari laut. Mereka pasti membayangkan ikan segar dan masih terasa manis untuk dijadikan lauk. Justeru, cara terbaik bagi pemancing ialah menyediakan tong air batu yang sempurna supaya rezeki tangkapan sentiasa segar ketika berada di laut dan selama tempoh perjalanan balik ke rumah.

Perkara ini tentu tidak menjadi masalah besar kerana tong ikan yang dibawa oleh setiap pemancing dapat menjamin kesegaran ikan melebihi tiga hari. Namun apa yang perlu diingatkan ialah ikan yang dibawa pulang tidak dapat bertahan lama dalam ais yang mudah bertukar menjadi air yang tidak dapat menjamin kesegaran ikan jika berada terlalu lama di laut.

Oleh sebab itu, sebaik saja anda tiba di rumah ikan terpaksa disiang dengan bersih, manakala ikan yang bersaiz besar anda boleh lakukan dua cara untuk menyiangnya. Pertama, anda perlu buang perut dan basuh dengan bersih. Perut adalah tempat paling sensitif bagi ikan yang dibawa dari laut atau sungai. Ia tidak dapat bertahan lama walaupun disimpan lama dalam peti ais.

Tempoh melebihi 48 jam akan menyebabkan perut ikan busuk dan proses itu meresap pada bahagian isi dan pastinya ikan berkenaan tidak segar lagi.

Langkah terbaik, anda mesti mengosongkan tong ais sebaik tiba di rumah. Kemudian ikan mesti segera disiang dan basuh dengan bersih lalu dibungkus dengan surat khabar dan simpan dalam peti ais bahagian pembeku.

Jangan amalkan menyimpan semula ikan yang sudah disiang dalam tong ais yang berisi air ais yang mencair walau pun tahap sejuknya dapat menyegarkan ikan.

Jika terpaksa membuat pilihan kedua atas sebab peti sejuk sudah penuh dengan ikan, anda perlu membeli ais ketul yang baru dan masukkan ais berkenaan dalam tong yang sudah dibersihkan. Kemudian masukkan ikan yang sudah disiang dalam tong berkenaan. Tutup dengan guni bersih di atas timbunan ikan sebelum menutup rapat tong berkenaan dan jangan dibuka lagi selepas itu, kecuali ada sebab tertentu.

Ini adalah petua terbaik bagi mengekalkan tahap kesegaran ikan supaya dapat bertahan lama melalui ketul ais yang padat dan bukan direndam dalam air yang sudah sejuk.

-Artikel dari Joran-

Selamat Kembali

salam..
panjang umur jumpa lagi..ape2 pun selamat hari raya maaf zahir batin
dah lps raya ni kepala masing-masing mesti ligat pny nak buat ape2 pojek yang patut.
tapi tula terbatas la plak..maklumlah poket dah nipis..
termasukla kaki2 mancing seanteronya yang dah rancang nak buat trip..so rancangla dulu dan pikir habis2 sblm buat keputusan tu dan ikutla kemampuan yang ada sementara nak tunggu mulut rimau muntah lagi hujung bulan ni.selamat memancing

Monday, September 29, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI











Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Selamat menyambut aidilfitri dan moga semua bergumbira di samping yang tersayang dan jangan lupa pada yang kurang berada.Berhati-hati di jalan raya moga selamat sampai ke destinasi. SELAMAT HARI RAYA MAAP ZAHIR BATIN DARI BUNTALNGAIL

Friday, September 26, 2008

Sedili di Bolan Posa

SEDILI..satu nama padang pancing antara favourite di kalangan kaki pancing. nak di katakan semua tahula...lagipun sedili juga merupakan salah satu lokasi pertandingan GP joran bagi kategori laut dalam.bagi aku ngan kawan2 aku lak, nak dikatakan tiap2 bulan gak kita orang turun sedili ni lepas geram.biasalah selalunya balik hari dan tekong tak lain tak bukan sapa lagi kalau tak Pak Ali n Pak Yem...tekong yang sporting dan dedikasi dalam menjaga hati pelanggan..dia punya masakan pun perghh boleh tahan beb.aku paling suka asam pedas dia. 3,4 kali tambah nasi. lagi lagi makan kat atas bot dengan lauk yang fresh, tak dapat nak bayangkan seleranya. tapi trip yang terbaru ni dia tak masak..hormat yang berpuasa.

Baru-baru ni bulan posa (16/9/2008) kitaorang terpaksa turun sedili atas permintaan kawan-kawan yang nak cari sikit lauk yang fresh untuk buat berbuka & sby untuk raya katanya walaupun masa tu raya agak jauh lagi tarikhnya..hehehe alasan je tu nak lepas geram n lepas gian sebab dah gigil badan dengar tenggiri mengganas kat lautan.Lebih lebih lagi yang namanya Md Rod (bukan nama sebenar).

Kitaorang pergi tak banyak bawa bekalan makanan. maklumlah bulan puasa. just untuk sahur, buka & sby untuk yang tewas (hehehe mabuk laut la apalagi). rata rata yang pergi nak dikatakan tewas gak tapi ada gak yang bertahan. alhamdulillah. bukan sengaja tapi dah cuba juga untuk bertahan tapi apakan daya tiupan sang bayu dan alunan gelombang buat isi perut bergoncang beb. lepas tu faham faham je la..keluar yang merah , kuning cuma hijau je yang takde. kalau tak cukup kaler traffic light.

Hasil untuk hari tu kata orang bolehlah tapi untuk kitaorang rasa kureng sikit. anyway alhamdulillah ada gak rezeki yang di beri buat bekalan orang kat rumah merasa. aku nak citer panjang tak pandai sangat. lagipun penat nak taip panjang2 ni lepas tu korang lak boring nak baca. di pendekkan citer tengokla gambar yang rasanya serba sedikit mencerminkan keadaan kat sana. ni sebahagian je coz penat nak download bebanyak. nanti ada masa dan ada kerajinan aku dwnload lagi buat tatapan korang semua.