Monday, September 29, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI











Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Selamat menyambut aidilfitri dan moga semua bergumbira di samping yang tersayang dan jangan lupa pada yang kurang berada.Berhati-hati di jalan raya moga selamat sampai ke destinasi. SELAMAT HARI RAYA MAAP ZAHIR BATIN DARI BUNTALNGAIL

Friday, September 26, 2008

Sedili di Bolan Posa

SEDILI..satu nama padang pancing antara favourite di kalangan kaki pancing. nak di katakan semua tahula...lagipun sedili juga merupakan salah satu lokasi pertandingan GP joran bagi kategori laut dalam.bagi aku ngan kawan2 aku lak, nak dikatakan tiap2 bulan gak kita orang turun sedili ni lepas geram.biasalah selalunya balik hari dan tekong tak lain tak bukan sapa lagi kalau tak Pak Ali n Pak Yem...tekong yang sporting dan dedikasi dalam menjaga hati pelanggan..dia punya masakan pun perghh boleh tahan beb.aku paling suka asam pedas dia. 3,4 kali tambah nasi. lagi lagi makan kat atas bot dengan lauk yang fresh, tak dapat nak bayangkan seleranya. tapi trip yang terbaru ni dia tak masak..hormat yang berpuasa.

Baru-baru ni bulan posa (16/9/2008) kitaorang terpaksa turun sedili atas permintaan kawan-kawan yang nak cari sikit lauk yang fresh untuk buat berbuka & sby untuk raya katanya walaupun masa tu raya agak jauh lagi tarikhnya..hehehe alasan je tu nak lepas geram n lepas gian sebab dah gigil badan dengar tenggiri mengganas kat lautan.Lebih lebih lagi yang namanya Md Rod (bukan nama sebenar).

Kitaorang pergi tak banyak bawa bekalan makanan. maklumlah bulan puasa. just untuk sahur, buka & sby untuk yang tewas (hehehe mabuk laut la apalagi). rata rata yang pergi nak dikatakan tewas gak tapi ada gak yang bertahan. alhamdulillah. bukan sengaja tapi dah cuba juga untuk bertahan tapi apakan daya tiupan sang bayu dan alunan gelombang buat isi perut bergoncang beb. lepas tu faham faham je la..keluar yang merah , kuning cuma hijau je yang takde. kalau tak cukup kaler traffic light.

Hasil untuk hari tu kata orang bolehlah tapi untuk kitaorang rasa kureng sikit. anyway alhamdulillah ada gak rezeki yang di beri buat bekalan orang kat rumah merasa. aku nak citer panjang tak pandai sangat. lagipun penat nak taip panjang2 ni lepas tu korang lak boring nak baca. di pendekkan citer tengokla gambar yang rasanya serba sedikit mencerminkan keadaan kat sana. ni sebahagian je coz penat nak download bebanyak. nanti ada masa dan ada kerajinan aku dwnload lagi buat tatapan korang semua.
































Tuesday, September 23, 2008

amalan al-Fatihah

AMALAN yang baik itu pastinya mendapat ganjaran Allah. itulah janji Allah kepada hamba-Nya dan hanya kepada mereka yang mahu mengerti. Justeru, atas keyakinan ini terdorong untuk melakukan beberapa amalan baik oleh kumpulan pemancing dengan berkumpul sebelum memulakan ekspedisi atau pemburuan kemudian membaca doa dan mohon kesejahteraan serta keselamatan Allah di samping mohon rezeki dan keberkatan yang berkekalan dalam setiap aktiviti mereka.

Usaha baik ini patut dilakukan oleh semua kumpulan memancing sebelum turun ke laut atau ke mana saja pergerakan yang hendak dituju. Namun, yang tidak kurang pentingnya ialah sikap jujur dan ikhlas yang mesti ada pada setiap orang.

Melakukan amalan baik ini antaranya membaca surah al-Fatihah dan mengucapkan selawat memuji Nabi Muhammad. Selain daripada mendapat pahala, ganjaran berkat atas perjalanan itu moga-moga Allah gandakan. Begitu mudahnya kita diberi Allah untuk mendapat pahala. Cuma kita saja yang melupakan pemberian baik yang dijanjikan Allah untuk hamba-Nya.

Sehubungan itu, mana-mana individu atau kumpulan pemancing yang hendak memulakan aktiviti sewajarnya mengamalkan amalan baik sebelum turun memancing. Cuma apa yang perlu dititik beratkan ialah supaya amalan ini dapat digunakan secara lebih menyeluruh malah jadikan satu rutin dan petua.

Bagi saya, apa juga kebaikan yang tidak digunakan dengan paksaan adalah satu amalan paling dituntut oleh Islam dan bukan atas paksaan.

Daripada pengalaman beberapa orang nelayan mengakui bahawa surah al-Fatihah jika dibaca dengan penuh khusyuk dan mengisi doa dalamnya pastinya kita akan dapat merasakan bahawa kita bagaikan berada dalam ketenangan, tenteram dan damai atau merasakan bahawa kita terlepas daripada ikatan sebarang kesalahan kepada Allah.

Jika perubahan ini belum dapat kita rasakan kita maka masih belum berada pada tahap yang diterima Allah. Tetapi Allah sentiasa melihat akan kesungguhan kita jika kita benar-benar beriman kepada-Nya.

Dalam erti kata lain, kita sebagai hamba Allah yang serba kekurangan dan kelemahan perlu sentiasa meminta kepada Allah pada setiap waktu dan saat supaya Dia memberikan kekuatan terutama ketika bakal berdepan dengan keganasan laut seperti ribut dan gelombang besar. Justeru, bacalah surah al-Fatihah berulang kali dan berdoa serta bermohon untuk kebaikan, kerana Allah lebih memahami sesuatu yang anda tidak faham.

PULAU TINGGI